Sketsa kehidupan di pagi hari...
Jam baru menunjukkan 10 pagi, terdengar seseorang melaungkan azan di masjid berhampiran. Penduduk kampung merasa pelik lalu bergerak ke masjid untuk menyiasat.
Setiba di masjid, mereka mendapati ada seorang lelaki yang mereka anggap gila sedang melaungkan azan.
Ketua kampung menjerit...."Hoi! Jam baru10 pagi...kamu ni azan solat apa?"
Orang yang mereka panggil gila menjawab: "Tadi, semasa saya melaungkan azan yang betul pada jam 6 pagi, hanya ada 4 orang je yang datang.... ni azan yang salah, sekampung pulak yang datang. siapa gila?"
Hehe....
Selamat beramal
Categories: Senyum
0 comments:
Catat Ulasan