In vitro vertilization (IVF) atau yang lebih dikenal dengan sebutan bayi tabung uji adalah proses pembuahan sel telur dan sperma di luar tubuh wanita. In vitro adalah bahasa latin yang bererti dalam gelas/tabung gelas dan vertilization berasal dari bahasa Inggris yang ertinya pembuahan. Maka dari itu disebut bayi tabung uji.
Proses pembuahan dengan metode bayi tabung uji dilakukan antara sel sperma suami dengan sel telur isteri, dengan bantuan tim medis untuk mengupayakan sampainya sel sperma suami ke sel telur isteri. Sel sperma tersebut kemudian akan membuahi sel telur bukan pada tempatnya yang alami. Setelah itu, sel telur yang telah dibuahi ini kemudian diletakkan pada rahim isteri dengan cara tertentu sehingga kehamilan akan terjadi secara alamiah di dalamnya.
Sumber info :
keperawatanreligionsrikandipuspaamandaty.wordpress.com/2010/12/17/bayi-tabung-dalam-pandangan-islam/
Pendapat yang pertama :
Pendapat yang kedua :
Tiada keharusan dalam melakukan IVF walaupun dalam situasi ini, dan pandangan ini adalah pandangan yang mengHARAMkannya.
Pendapat yang paling rajih merupakan pendapat yang pertama. Dalilnya ialah :-
· Sesungguhnya jelas di sini pensabitan nasab kepada kedua ibu bapanya (suami isteri tersebut) kerana sumbernya(sperma dan ovum) datang daripada mereka. Oleh sebab anak itu mendapat nasabnya maka, dia berhak untuk disabitkan hak pewarisan dan hak lain-lain sperti anak-anak yang dilahirkan melalui kaedah normal.
· Perbuatan persenyawaan di luar rahim disempurnakan dengan menggunakan air mani pasangan suami isteri, kemudian di masukkan ke dalam rahim isteri, ini merupakan gambaran atau ibaratnya sama sahaja seperti melakukan persetubuhan normal oleh suami isteri, yang anak itu dinasabkan kepada pemilik sperma dan telur tersebut.[3]
· Memiliki zuriat merupakan salah satu tujuan perkahwinan dalam islam, dan kaedah IVF merupakan salah satu cara untuk mencapai kepada tujuan tersebut.
· Ini merupakan salah satu cara untuk merawat masalah tidak dapat melahirkan anak (sama ada masalahnya daripada pihak isteri mahupun suami) dengan syarat sperma dan ovum mestilah daripada pasangan suami isteri yang sah.
· Penyempurnaan perbuatan IVF ini adalah dengan kerelaan pasangan suami isteri dan pada waktu hubungan suami isteri masih kekal(belum bercerai).
· Doktor yang melaksanakan kaedah ini perlulah daripada kalangan doktor Muslim yang boleh dipercayai dalam agama dan ilmu kedoktorannya.[4]
· Mempunyai jaminan yang sangat cukup daripada berlakunya percampuran nasab.[5]
Sumber info :: http://anisatulqalbi.blogspot.com/2012/07/fiqh-ivf-in-vitro-fertilisation-2.html?m=1
0 comments:
Catat Ulasan