Jumaat, 7 Februari 2014

Frog VLE

Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.

Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

Transformasi Pendidikan
Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Kaedah Pendidikan Bersepadu
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning Environment yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia.
10,000 Sekolah Di Seluruh Malaysia
Kaedah bersepadu ini akan diaplikasikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Nantikan kehadirannya di sekolah anda tidak lama lagi! Ketahui bila kami akan tiba ke sekolah anda.
Melengkapi Generasi Masa Depan
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN FROG VLE?

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. 

FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia.

 Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.

Sumber info : 1bestarinet.net

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

SMK Sg Besar telah megadakan penerangan untuk kesekian kalinya kepada semua murid,  pelajar dan guru berkenaan FROG VLE bertempat di Dewan Bestari bermula jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertarikh 7 Februari 2014. 

Selain memberi penerangan yang lebih terperinci dan galakkan menggunakannya, Admin juga megadakan pertandingan kepada guru-guru yang paling kerap log in Frogasia ini.. Ia merupakan salah satu cari menggalakkan penggunaan Frog VLE di kalangan guru- guru. 

Daaaaan....tanpa diduga sutera ungu di antara yang terbanyak log in Frogasia ini dan rakan blogger yang turut sama bertuah ialah mak long
Sutera ungu bersama mak long dengan hadiah masing-masing

Presenter..ala...yang ada lampu merah masa kita buat presentation tu..


Ini lah hadiahnya..

Rakan guru bersama kelender dari Frogasia

Pentadbir turut memberikan sokongan

Admin/ITC (IT Coordinater)/Penyelaras Bestari sedang menerangkan frog vle kepada para murid dan pelajar

Memperkenalkan rakan frog anda





1Bestarinet.net

4 comments: