Isnin, 27 Januari 2014

Ditulis pada hari Isnin, 27 Januari 2014 1 comment

Kalau sebelum ini ramai yang tertanya-tanya nama dan jantina anak sulung Ustaz Don Daniyal, kini segala persoalan itu telah terjawab. Menerusi Mstar Online , salah seorang ahli keluarga Ustaz Don telah berkongsi nama cahaya mata pasangan ini iaitu Don Mustofa. Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal dan Ustaz Don sempat tiba 2 hari sebelum isterinya bersalin.

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk melihat wajah comel Don Mustofa, anak sulung Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna. Tidak mahu membiarkan peminatnya tertunggu-tunggu, Ustaz Don telah berkongsi gambar pengarang hati jantungnya menerusi akaun Facebooknya. Suka Abang Nara melihat gambar mereka sekeluarga. Memang “one happy family”. Sejuk mata memandang.

Sumber info : beautiful nara
Categories: ,

1 comments: