Pada hari Isnin , wahyu pertama di turunkan
kepada Rasulullah SAW. Bermula dari hari itu
Rasulullah SAW terus menerima wahyu hingga sempurna al-Quran untuk panduan kepada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu:
1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah SAW
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasulullah SAW pada hari Isnin
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW
Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.(pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.
Manakala kelebihan berpuasa Isnin dan Khamis pula adalah seperti berikut :
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi).
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun
temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan
“Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada
bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah SAW mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang
mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal),
dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka."
(Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah
mendengar Rasullullah SAW bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah SWT membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka" (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a.,
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga
menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa."
(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Dari sini, kita dapat ketahui banyak fadilatnya berpuasa sunat pada hari Isnin dan hari khamis.
Mari lah kita sama2 amalkannya.
Kredit to : diari-alya2.blogspot.com
thanks for sharing..tb niat nk puasa tp bgn2 terlupa lak
BalasPadamSy pun rak puasa TB, Cuma tumpang pahala suami...
BalasPadam