Selasa, 31 Disember 2013

Setiap ibu yang hamil inginkan yang terbaik buat dirinya dan anak yang dalam kandungannya. Banyak makanan yang baik dan berkhasiat untuk ibu yang hamil. Berikut adalah di antara makanan sunnah Rasullullah SAW yang amat baik diamalkan sama ada anda hamil atau pun tidak.

1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Sumber info : yangdeeda.blogspot.com.

4. KEKACANG
Kekacang mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Sumber kekacang yang baik ini dapat membantu ibu hamil mengelak daripada kekejangan anggota tubuh badan.

Sumber info : www.trymasak.com

5. SUSU KAMBING

Susu kambing juga antara makanan sunnah Rasullullah. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Susu kambing dikatakan dapat mengurangkan risiko demam kuning.

Untuk susu kambing ni... si SuteraUngu nakal sikit...susah nak ikut...tak masuk tekak katanya... susu Anmum gantinya...aci tak? Hihi....

Yang ini bukan pemakanan sunnah....tapi baik untuk kesihatan. ..

3:12 PTG akumann2803

2013 bakal melabuhkan tirainya. Menjelang esok hari bermulalah tahun baru 2014. Pastinya tahun 2014 diharap memberi lebih kebaikan...kesihatan...rezeki dan yang paling  penting peningkatan iman dalam amalan dan kehidupan seharian.

2013 meniggalkan baaaaanyak kenangan  suka dan duka...sedikit sebanyak dapat diimbas di dalam blog ini. Walaupun bukan semuanya... namun blog suteraungu87.blogspot.com ini ada menyimpan kisah dan suka duka kehidupan.

2013 yang tinggal beberapa jam bersisa...saya dikhabarkan oleh blogger terkenal ciklaili.com tentang penulisan saya di dalam blog beliau (sebagai penulis jemputan) mendapat tempat ke-4 view tertinggi (2394 view) daripada 19 orang penulis jemputan beliau.

http://www.ciklaili.com/2013/02/resepi-ayam-masak-merah-banjar-ampal.html

Waaah....sungguh gembira...bukan kerana ganjaran wang yang diberi tetapi penghargaan sebagai blogger syok sendiri seperti saya....amat besar nilainya.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada blogger ciklaili atas kesudian beliau menjemput saya yang 'kerdil'  ini menulis di blog ciklaili.com. Jika ada peluang jemputlah lagi saya menulis di blog ciklaili..♥

2:26 PG akumann2803

Jumaat, 27 Disember 2013

As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak yg nakal.

Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana.

So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda (tel 03-89255292).

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!
20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.
22. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah rahmati & bantu kita semua. Aameen, wassalam.

Sumber info : fb Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah

3:22 PTG akumann2803

Jumaat, 20 Disember 2013

Salam buat pembaca blog suteraungu87.  Saya mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan entri ini. Mood yang tidak menentu di awal kehamilan. ..namun saya atasi dengan amalan (zikir, doa dan Surah dalam al Qur'an).

 Antara zikir dan doa yang disuruh untuk diamalkan ialah:
1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

6. Sentiasa membaca doa ini :

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Ø£ُعِÙŠْذُÙ‡ُ بِالوَاحِدِ الصَّÙ…َدِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ ÙƒُÙ„ِّ ذِÙ‰ Ø­َسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai
dengki

* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak  kali setiap kali lepas solat 5 waktu

7.Surah Al-Ansyiqaq

8 .Surah Al - Insyirah

9. Surah Maryam

10. Surah Yusuf

11. Surah Luqman

12. Doa yang paling penting....dan paling kerap dibaca setiap kali lepas solat, tahajjud, lepas baca al Qur'an dan bila - bila masa sahaja

Sumber sebahagian
info : eleyagonsalyzzs.blogspot.com

4:01 PTG akumann2803

Khamis, 19 Disember 2013

Assalamualaikum wbth...
Salam Saiyidul Ayyam

TAZKIRAH JUMAAT....
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1. Dunia ini ialah perhiasan dan SEBAIK-BAIK perhiasan ialah wanita(isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan ZINA,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilahyang kuat beragama nescaya kamu BERUNTUNG.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka MASUKLAH mana-manapintu syurga yang ia kehendaki.
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias BUKAN untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya.
(Riwayat Tarmizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, TIDAK diterimasembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).
(Riwayat dari Hassan).

7. Wanita yang TAAT pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjagasembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diHARAMkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam URUSAN agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10. Ya, FATIMAH, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan HAPUSKAN amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para MALAIKAT untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya PAHALA orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak KELUARlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sumber info : www.facebook.com/tazkirah

Gambar hiasan
sumber: Pakcik Google
6:59 PTG akumann2803

Rabu, 11 Disember 2013

Percutian bersama keluarga pada tarikh 10-12 Disember di A Farmosa Resort sangat bermakna kerana ianya bersempena dengan tarikh istimewa kami 'hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9

Selamat datang ke Melaka kata En Suami...maklumlah...4 tahun beliau belajar di Uitm di sini...so dah jadi macam pemandu pelancong la..

Aiman langsung tidak berminat untuk bergambar sebab tak sabar nak mandi

D Savoy
cukup selesa buat kami
dengan harga yang berpatutan

entri yang berikut nya gelagat Aiman di swimming pool. ..layan...
12:59 PG akumann2803

Ahad, 8 Disember 2013

KATAK PURU?

Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu. 

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur. 

SEDAP

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru. 

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus. 

Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak. 

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan. 

KHASIAT

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh. 

UNIK

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang. 

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja. 

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut. 

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

Sumber info : www.sinarharian.com
1:41 PG akumann2803

Rabu, 4 Disember 2013

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini.

Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.

Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga pukul 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.

"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan). 

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.

Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.

Para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.

Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. - Bernama

sumber info : www.sinarharian.com

2:54 PG akumann2803

Selasa, 3 Disember 2013

Raudhatul Jannah atau nama sebutan kebiasaannya  Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah. Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.
kawasan luar Raudhah. Ia menjadi kawasan menunggu giliran untuk masuk ke dalam Raudhah

peringatan sebelum masuk...sila baca

Kami menunggu dengan penuh kesabaran

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa kerana diyakini tiada satu pun doa di Raudhah yang ditolak.

Rasulullah SAW bersabda “Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

sumber info : syahirkadir.wordpress.com

Saya masuk melalui pintu ini
 
kami masuk dengan tenang dan sabar

ada yang menunggu kawan...ada yang membaca al quran...ada yang berdoa

saya dalam perjalanan menuju ke Raudhah
 
Kawasan berhampiran Raudhah. (jemaah yang duduk itu berada di dalam kawasan Raudhah)

Sebilangan besar para ulama mempercayai, tempat yang dikatakan adalah Raudhah, atau nama lainnya Raudhatul Jannah, yang mana sekarang ini bertempat di Masjid Nabawi. Para ulama juga meyakini Raudhah adalah benar-benar sebahagian dari taman syurga yang zahirnya wujud di atas muka bumi Allah. Apabila hari kiamat tiba, menurut para ulama, tempat itu akan dipindahkan oleh Allah ke syurga. Subhanallah.

Sejauh manakah bilik Rasulullah dan masjidnya? Bayangkan, ketika Rasulullah SAW beri’tikaf di masjid itu, Rasulullah hanya perlu menjulurkan kepalanya dipintu bilik untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah RA. Ini bermakna, bilik Rasulullah SAW dan isteri baginda Siti Aisyah RA, hanya bersebelahan dengan masjid.

Apabila Rasulullah SAW wafat, Rasulullah SAW dikuburkan di dalam biliknya itu dan Siti Aisyah RA terus tinggal di bilik yang sama. Selepas itu, ketika Abu Bakar RA hampir menemui ajalnya, Abu Bakar memohon kebenaran Siti Aisyah untuk dikebumikan di samping sahabat tercintanya, Rasulullah SAW dan Siti Aisyah RA membenarkannya, kerana Siti Aisyah menghormati ayahnya itu. Selepas itu, Umar al-Khatab pula bakal menemui ajalnya lalu memohon kepada Siti Aisyah agar dia juga dapat dikebumikan di samping Rasulullah. Meskipun Siti Aisyah sangat-sangat berhajat untuk dikebumikan disamping suami dan ayah tercintanya, kerana hormat akan Umar lalu Siti Aisyah membenarkannya. Demikiannya waktu itulah, Siti Aisyah tidak lagi membuka auratnya di dalam bilik itu kerana sudah terdapat bukan mahram di biliknya meskipun Umar telah pun mati dan dikebumikan. Begitu mulia akhlak Siti Aisyah.

Raudhah yang terletak di antara bilik Rasulullah SAW dengan mimbar, adalah antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdo’a kepada Allah SWT. Antara tempat lain adalah seperti di depan Multazam (pintu Ka’bah),dan saat wuquf di Arafah.

Kawasan Raudhah ditandai dengan permadani kombinasi putih dan kehijauan, yang mana sangat berbeza dengan dengan permadani biasa lain di Masjid Nabawi yang berwarna merah. Raudhah ditandai oleh tiang berwarna putih dengan ornamen kaligrafi yang khas. Sekurangnya, terdapat lima tiang yang ada di sekeliling Raudhah. Raudhah dapat dilawati melalui beberapa pintu, namun yang paling dekat adalah pintu Jibril yang terletak di kanan Masjid Nabawi bahagian belakang.

inilah laluan saya menuju ke Raudhah.

Ini pula ialah sempadan di antara kawasan masjid dan Raudhah. Karpet Merah ialah kawasan masjid sementara karpet hijau adalah kawasan Raudhah

Di Raudhah, tidak semudah dijangka untuk mendirikan ibadah sunat di sini kerana tempatnya kecil dan begitu ramai jemaah cuba memenuhi sekecil-kecil ruang yang ada, maka di sini jugalah Allah menempatkan ujianNya pada umatnya. Kesabaran yang tinggi diperlukan kerana berlaku perebutan, menindihan dan kesukaran untuk rukuk dan sujud juga kerana kesempitan ruang.

inilah satu-satunya gambar yang dapat diambil untuk menggambarkan kesesakan di dalam Raudhah

Jemaah haji berpusu-pusu menuju ke Raudhah. Masing-masing ingin beribadah dan berdoa di sana.

Diyakini di Raudhah inilah setiap do’a dan munajat kepada Allah SWT memiliki nilai afdhaliyah yang sangat tinggi. Dengan kata lain, tempat ini sangat mustajab untuk memohonkan sesuatu kepada Alloh SWT.

Bayangkanlah dan renungilah betapa sayangnya Allah kepada hambanya dengan memperlihatkan hanya sebahagian kecil dari taman syurga di bumi ini dan akan juga bakal di bawa ke akhirat juga.

Lampu, tiang dan seni bina yang berbeza di dalam kawasan Raudhah

Ramai yang telah memperkatakan bahawa dengan berada di Raudhah sahaja sudah cukup untuk memberi keinsafan dan berasakan rendah diri pada Allah serta menguatkan rasa cinta dan sayang pada Rasulullah.

Berdoalah kita agar mendapat hidayah supaya kita dapat menghayati keindahan dan ketenangan nikmat Allah SWT.

sumber info : www.notafikir.com

1:28 PG akumann2803