Isnin, 7 Oktober 2013

Ditulis pada hari Isnin, 7 Oktober 2013 3 comments

Sebaik mendengar takbiratul ihram semasa solat maghrib tadi. ...ada getar di hati saya... ada rembesan air di mata. ... ye...saya sangat mengenali suara itu... suara yang sering saya dengar sejak zaman sekolah dulu terutamanya ketika ingin menghafal ayat al - Quran. ..suara yang cukup memukau hati...

Syukur saya berpeluang solat berimamkan imam Besar Masjidil Haram yang terkenal ini...

NASIHAT IMAM AS-SUDAIS

Inilah nasihat Imam Sudais berkaitan dengan kewajiban kita terhadap Al-Qur’an Semoga bermanfaat, dan amalkanlah!

1. Mengimani dan mempercayai bahwa Al-Qur’an itu datang dari Allah. Ia juga merupakan firman Allah (yang diberikan) kepada hamba-Nya; Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam

2. Membacanya. Kerana membacanya terdapat pahala yang besar

3. Merenungkan kandungannya.

4. Mengambil peringatan dan pelajaran dari nasihat Al-Qur’an.

5. Berakhlak Al-Qur’an. Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ketika beliau ditanya tentang akhlak Rasulullah, beliau menjawab, “Akhlak Rasulullah adalah Al-Qur’an”

6. Mengamalkan Al-Qur’an, sehingga nilai-nilai Al-Qur’an dapat hidup di tengah masyarakat.

7. Berhukum dengan Al-Qur’an di setiap permasalahan yang ada.

8. Berubat dengan Al-Qur’an.

Alangkah indah bait puisi milik Asy-Syatibi

“Sungguh kitab Allah adalah penyelamat yang setia, kekayaan yang sempurna juga derajat yang mulia”

“Dia teman duduk yang perkataannya tak pernah membosankan, dan mengulangi membacanya semakin ia menampakkan keindahannya”

“Wahai para pembaca Al-Qur’an, berpeganglah teguh kepadanya, muliakanlah ia disetiap tempat dan waktu kalian berada”

Alangkah indah dan nikmatnya kedua orang tuamu, mereka bermahkotakan cahaya dan bermandikan perhiasaan (karena kamu memb

 

NAMA: SYEIKH ABD RAHMAN AL-SUDAIS

TAHUN LAHIR: TAHUN 1382 HIJRAH

TEMPAT LAHIR: RIYADH, ARAB SAUDI

PENDIDIKAN: MENGHAFAL 30 JUZU' AL-QURAN KETIKA BERUSIA 12 TAHUN DAN BERKELULUSAN SARJANA SYARIAH DARI UNIVERSITI ISLAM RIYADH

PEKERJAAN TERKINI: IMAM MASJIDIL HARAM, KHATIB MASJIDIL HARAM, PENSYARAH UMM QURA UNIVERSITY (Universiti Islam Makkah)

3 comments: