Sabtu, 21 September 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 21 September 2013 3 comments

Bukit Safa dan Marwah (Bahasa Arab: الصفا Aş-Şafā ‎; المروة Al-Marwah) ialah dua bukit yang terletak di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi tempat umat Islam berulang alik tujuh kali dalam ibadah haji dan umrah.

Sa'i adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari air untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Bukit Safa dan Marwah juga disebut dalam Al-Quran.

“ " Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 158)[1]

#untuk makluman : gambar di bawah diambil ketika Kami telah selesai saie.. (untuk mengelakkan salah faham)

3 comments:

  1. Alhamdulillah . dah selesai urusan umrah/
    Orang belum sesak lagi..... itulah antara kelebihan penerbangan awal jemaah haji

    BalasPadam
  2. Subhanallah..cantiknya. Semoga urusan akak dan suami dipermudahkan Allah ya

    BalasPadam
  3. subhanallah....Memang salah kalau tak nak faham..he he

    BalasPadam