Sabtu, 9 Mac 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 9 Mac 2013 2 comments

Bersiaran Zohor dari Masjid An Nur Sg Hj Dorani...mendapat jolokan nama Masjid Nur Kasih. ..
Masjid ini menjadi popular sejak pengambaran Drama Nur Kasih. Madjid ini terletak tidak jauh dengan rumah bonda saya di Sg Hj Dorani...

Drama arahan Kabir Bhatia dan Faisal Ishak ini dibintangi oleh Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Sharifah Sofia, Dato' Jalaluddin Hassan.

Drama Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Categories:

2 comments: