Biasanya setiap kali balik kampung Sg Dusun, aktiviti wajib Aiman ialah main masak-masak. Hari ini Aiman buat permintaan, nak main masak-masak tapi nak masak betul-betul.
Tersenyum puas nampaknya bila saya beri peluang pada Aiman main masak-masak menggunakan api. Tetapi dengan pemantauan sepenuhnya daripada saya dan atuk /bunda.
Menu yang diminta ialah Telur Dadar.
Syukur bukan menu yang susah-susah.
Ceria je sebab dapat main masak masak guna api betul-betul
Seriusnya chef!!
Tangan kiri tu...
Man Kidal!
Tadaaa...telur dadar Chef Cilik dah siap..
Jom makan!!!
Buat pertama kalinya Aiman masak
Menu : Telur Dadar
Belum pandai nak deko-deko
Ohhh...sungguh penat chef cilik sambil mengelap peluh
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kisah sebelum masak.....
Seperti biasa Aiman main masak-masak bila balik kampung. ...
Lama-lama timbul rasa bosan...
Selamat tinggal main masak - masak versi lama...kini Aiman sudah melangkah setapak ke hadapan...hehehe~~~~