Memaparkan catatan dengan label Suamiku. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2014

Menu hidangan setiap hari adakalanya dapat mengubat kerinduan suamiku kepada almarhumah bundanya... bunda suamiku meninggal dunia semasa suamiku tingkatan 6 lagi...itu pun selepas 5 tahun bundanya menderita sakit. 

Hari ini bila ku tanya apa menu untuk berbuka puasa...ringkas jawap suamiku "taucu" ..aku maklum taucu merupakan masakan kegemaran bundanya...tanpa bersoal jawab lagi...aku pun memulakan 'projek menambat hati suami'.

Tadaaaaa....

Ikan Kembong Masak Taucu Warisan Bunda Mertuaku

8:15 PG akumann2803

Sabtu, 15 Februari 2014

Kisah suamiku...
Seorang guru seni yang sangat komited dengan tugasnya...

Jika waktu cuti, waktu lapang atau waktu petang..di Bilik Seni inilah beliau menghabiskan masanya...

Mengemas...menyapu...membersih dan menceriakan.

Ada kala timbul juga rasa cemburu di hati...melihat beliau sering punya masa di sana...

Jawapan suamiku mudah..."kerja lebih masa jangan berkira...anggap saja kita membayar segala kekurangan kita dalam berkerja..kelewatan kita masuk ke kelas...tercepat kita keluar kelas...waktu kita cuti peribadi dan cuti sakit..waktu mesyuarat. ..dan di mana-mana waktu kita meninggalkan murid ...kita 'top up' dengan cara ini...semoga rezeki yang kita dapat halal dan berkat..."

Panjang lebar suamiku menerangkan. ..

Aku tersenyum...akur dan faham...malah merasa bangga punya suami sepertinya..
Adakala....aku termalu sendiri kerana suamiku lebih 'ustaz' daripada aku yang ustazah.

Inilah pewarisnya...
Putera sulungku yang berkongsi minat dengan abinya.

Jika kata nak pegi Bilik Seni Abi...pasti dia tidak menolak..

Hehe....cari idea sebelum 'berkarya'
Abi sentiasa memberi peluang kepada anaknya untuk mengasah bakat.

Mulakan dengan Bismillah.
Maaf..meskipun namanya AIMAN namun dia cenderung menggunakan tangan kiri...

Imaginasi kanak-kanak. ..
Bersungguh sungguh nampaknya ketika berkarya....

Inilah Bilik Seni suamiku. Cukup segala kelengkapan untuk aktiviti seni bersama anak didiknya. .

Bilik ini sentiasa ceria, kemas dan teratur..
Tidak hairanlah Bilik Seni ini telah menjadi JOHAN selama 2 tahun berturut-turut dalam pertandingan di peringkat daerah. Tahniah...

Semoga berjaya mengekalkan kejuaraan ini..

2:32 PTG akumann2803

Ahad, 30 Jun 2013

Sumber : www.mialiana.com

Buatmu Wanita

Bacalah...agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita telah miliki...ye...seorang suami...bapa kepada permata hati

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.                                

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”                                          

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG  
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.” Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

3:50 PG akumann2803

Ahad, 16 Jun 2013

Sebenarnya Dia Suami Saya. ..saya sekadar menumpang populariti tajuk drama yang sedang  digilai sekarang...Sebenarnya saya isteri dia...sempena hari bapa pada hari ini.. dah menjelang malam baru punya kesempatan untuk membuat entri ini.

Selamat Hari Bapa buat bapa kepada anak saya..suamiku, sahabatku,kekasihku....
Terima kasih kerana menjadi bapa yang bertaggung jawab...penyayang dan beriman buat anak kita yang comel.  Syukur! 

Air kegemarannya

Lauk kegemarannya

Sayur kegemarannya

Buah kegemarannya

# hadiah tak payah publish kat sinila yeee

9:34 PG akumann2803

Rabu, 17 April 2013

Salam Santai. ..masa untuk merehatkan minda setelah seharian penat bekerja... entri hari ini/malam ini sekadar berkongsi kisah di celah-celah kehidupan variasi manusia ciptaan Allah S.W.T. ..

Jarinya milik Allah...bakat seninya milik Allah...semuanya hanyalah pinjaman..sentuhan seninya,nampak simple tapi menjadi. ..seringkali berbeza dengan sentuhan jari wanitaku...hihi...kasar dan tak menjadi. ..kupas bawang dan siang ikan boleh la...seniku seni di dapur

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Visual dari UiTM...Cikgu Seni ini ternyata berbakat..semoga bakat nya itu dapat dimanfaatkan untuk Agama, bangsa dan Negara.

PASTI Badrotim
Taman Purnama
45300 Sg Besar
Selangor Darul Ehsan

9:07 PG akumann2803