Hari Pertama
Jam 1 petang
19/12/2015
Hari keluarga ini yang pertama kali diadakan dalam keluarga kami. Dah lama kami rancang, beberapa kali bertukar tarikh, hampir tak jadi sebab ramai yang ada pelbagai urusan lain pada tarikh yang telah ditetapkan. Akhirnya...Hawa Resort, Janda Baik jadi pilihan...
Yang menariknya sungai yang bersih dan deruan air yang lembut dan mendatar..sesuai untuk anak2 bawah umur..air yang ganas dan laju saya tidak gemar kerana bimbang soal keselamatan.
Kita lihat panorama dulu ye...
ok.Ini mak dan kak zah, kakak iparku isteri kepada almarhum abgku no.2
tengah kupas mangga tu
mestila kenal kan...cinta hatiku
bilik
luar bilik
***********************
ini tukang masak yang dibawa khas untuk menyediakan juadah . Sebelum bertolak kami sudah membuat pembahagian tugas. Saya ditugaskan bahagian makanan sebab saya kuat makan.
Menu tengahari : konsep : potluck
Mak Ngah - bawa nasi impit dan kuah kacang ayam
Pak Ndak- bawa patin masak tempoyak
Pak Uteh- bawa ayam masak kicap
Mak Anjang- bawa (ai la tu..) ikan keli sambal,sayur campur dan ikan masin masak asam
Ucu bawa...perut kikiki...jangan marah cu...kami ok je
Mak bawa mangga masak dan mangga muda
Petang: masa ni belum terfikir nak masak berlatar belakang kan sungai.
senyum tukang masak kita sedang menyediakan menu makan malam
goreng sayur
ikan keli goreng dah bawa...sambal pun dah bawa...tinggal satukan je
bergaya tepi sungai
pasta oglio...eh..betul ke?
nachos
sibuk
malu ke
hehe....
bersama si manja
bersambung....
0 comments:
Catat Ulasan