Entri tertunggak.
Ye...ketika cuti sekolah bermula, minggu pertama saya tetap pergi bekerja. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Syukur suami memahami dan dapat melayan anak-anak.
Sebenarnya 2 minggu sebelum bercuti kami sekeluarga telah menginap di Marina Island atas tuntutan kerja. Sambil menyelam minum air. Dapatlah bawa anak-anak berendam dalam swimming pool tu walaupun dah pernah ke sana 4kali. Tak jemu...
Permulaan cuti..saya bawa mereka ke taman permainan yang berhampiran dengan rumah. Dataran Tunggak 10.
Syukur si abang tidak merungut walau hanya bermain buih sabun dan buih sabun gergasi. Bagi saya ke mana pun saya bawa mereka tidak penting, yang penting mereka gembira dan jimat belanja memandangksn ada 2destinasi yang akan di lawati hujung disember nanti.
ok. ini buih sabun gergasi..pada
si abang menunjukkan skill
adik main buih sabun kecil je
abi pun tumpang sekaki
buat buih panjang pun boleh
nampak kegembiraannya
kejar..kejar..
si adik pun seronok
timbang badan dengan abang muiz
ummi pun nak inter frame
kami gembira!
0 comments:
Catat Ulasan