Isnin, 25 Mei 2015

Ditulis pada hari Isnin, 25 Mei 2015 1 comment

Isu Secret Recipe ditarik Sijil Halal adalah sesuatu yang serius!

Ada 2 keadaan apabila berlaku pelanggaran prosedur Halal Malaysia:

1. Sijil Digantung Sementara
2. Sijil Ditarik Balik

Sijil Digantung sementara adalah bagi tujuan siasatan dan peluang pihak syarikat membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan. Contohnya premis kotor atau bahan ramuan yang digunakan tidak mematuhi keperluan pensijilan halal. Maka dalam tempoh yang pada kebiasannya selama 14 hari, pihak syarikat perlu membuat pembetulan dan audit premis akan dilakukan semula selepas tempoh tersebut atau bahan ramuan tersebut dihantar untuk ujian di makmal yang diiktiraf. Jika keputusan audit semula atau ujian makmal adalah lulus, maka sijil halal akan diserahkan semula.

Manakala Sijil Ditarik Balik adalah hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan. Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.

Sumber : Hab Halal

************

P/s : Cadbury Sijil Halal hanya digantung dan siasatan dilakukan dan ujian makmal di makmal yang diiktiraf dilakukan,setelah lulus ujian makmal, maka sijil halal Cadbury diserahkan kembali. Sementara Secret Recipe pula Sijil Ditarik Balik, maka itu adalah hukuman muktamad dan kesalahan serius.

Sumber info : FB sahabat halal JAKIM

Categories:

1 comments: