Selasa, 24 Mac 2015

Bila Bayi Mula Duduk

Duduk

Belajar duduk memberi bayi anda perspektif baru terhadap dunianya. Apabila otot belakang dan lehernya menjadi cukup kuat untuk menyokongnya menegak dan dia tahu di mana kakinya harus diletakkan supaya dia tidak terjatuh, masanya sudah hampir tiba untuk si kecil mula merangkak, berdiri dan berjalan.

Bila ia berkembang?

Kebanyakan bayi mula belajar duduk sendiri sekitar masa yang sama mereka boleh meniarap dan mengawal gerakan kepala. Otot yang diperlukan untuk kemahiran ini berkembang secara beransur-ansur dari saat dia dilahirkan dan akhirnya menjadi cukup kuat di antara bulan keempat dan ketujuh. Apabila mereka menjangkau usia lapan bulan, 90 peratus bayi sudah boleh duduk dengan baik tanpa sokongan.
Bagaimana ia berkembang
Anda mungkin boleh sandarkan badan bayi dalam posisi duduk bermula dari hari pertama dia dilahirkan, tetapi kemahiran duduk secara berdikari tidak berlaku sehinggalah bayi anda sudah mahir mengawal pergerakan kepala. Bermula pada usia empat bulan, otot leher dan kepala bayi anda menjadi kuat dengan cepat, dan dia akan belajar mengangkat dan menaikkan kepalanya apabila dia meniarap.

Kemudian dia akan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan dadanya naik, seperti membuat tekan tubi mini. Pada usia lima bulan dia mungkin boleh duduk tanpa bantuan untuk seketika, tetapi anda harus berada berdekatan supaya dapat memberi sokongan dan sediakan bantal di sekelilingnya untuk mengurangkan kesan jika dia terjatuh.

Tidak lama lagi dia akan tahu cara mencapai keseimbangan ketika duduk dengan membongkok ke depan dan bersandar pada lengannya, dan pada usia tujuh bulan dia mungkin sudah boleh duduk tanpa sokongan (yang akan membebaskan tangannya untuk meneroka), dan dia juga akan belajar memusing semasa duduk untuk mencapai sesuatu yang diingini.

Pada tahap ini dia juga mungkin sudah boleh menukar posisi dari meniarap ke duduk dengan menolak naik badannya menggunakan lengan. Apabila dia mencapai usia lapan bulan, dia sudah mahir duduk tanpa sokongan.

Sumber info :

http://www.babycenter.com.my/a1040470/detik-penting-dalam-perkembangan-bayi-duduk

💟💟💟💟 adik im duduk sendiri umur 10 bulan. Dia x merangkak  tapi menyusur dan sekarang dah berdiri mentioned di meja..dinding. ..dll

0 comments:

Catat Ulasan