Salam sayang daripada suteraungu di petang hari cuti...Kami dapat 9 hari cuti sempena tahun baru cina tahun ni...yeeeyy... tu yang saya dapat bernafas sikit.. petang ni memang cadang nak membuang sawang dan habuk di blog ungu ni...dah lama sangat tak di jenguk dan dikemaskini..
Cuti-cuti ni saya asyik nak ke dapur. Jika hari bekerja asyik makan lauk kantin sekolah...mana tak nya sekolah pagi..petang mesti ada mesyuarat atau aktiviti...so yang mudah beli je.
Waktu cuti ni adik Im la yang paling gembira. Bergolek-golek dengan ummi je kerjanya. Sekarang adik Im dah pandai sangat makan. Kalau nampak orang makan dia pun bunyikan mulutnya.."cap...cap...cap.." dah pandai minta makan...
Oleh itu saya pun semakin rancaklah masak bubur untuk adik Im.
Berikut ialah bubur lobak merah , kentang, brokoli dan kurma..takde nasi sebab najis adik nampak macam keras sikit...so ummi pun buat bubur sayuran je...Tujuan campurkan kurma maryami ni pula sebab adik macam batuk dan selsema sikit...semoga makanan sunnah dapat memberi khasiat dan meningkatkan anti bodi adik Im.
comel nya adik Im... <3
BalasPadam