Khamis, 13 November 2014

Tips Penerbangan Dengan Bayi

Sebelum saya menunaikan haji pada tahun 2013, saya sering bercerita kepada Muhammad Aiman tentang kisah penerbangan saya ke Tanah suci Mekah dan Madinah. Timbul keinginan di hati ini ingin membawanya menaiki pesawat suatu hari nanti selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji sebagai hadiah 'berkelakuan baik' sepanjang peninggalan saya tempohari.

Namun kita merancang...Allah juga merancang..niat itu saya tangguhkan dulu kerana saya mengandung selepas pulang dari tanah suci.

Selepas melahirkan Muhammad 'Imran saya belum berniat untuk menaiki pesawat memandang kan usianya yang masih kecil.

Berikut saya kongsikan beberapa tips penerbangan jika membawa bayi

Membawa bayi dalam perjalanan udara memang bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Banyak perkara yang harus diperhatikan sebelum membawa si kecil berjalan jauh. Semuanya untuk memastikan perjalanan  bersama bayi lebih selesa.  Anda boleh menjadikan beberapa tip berikut sebagai panduan.

1) Pilih waktu yang tepat
Seeloknya pilih waktu penerbangan yang sama dengan waktu tidur bayi anda agar si kecil akan tidur sepanjang perjalanan.

2)Pilihan tempat duduk
Ketika membeli tiket penerbangan, maklumkan kepada syarikat penerbangan tersebut yang anda membawa bayi bersama. Pilih tempat duduk di bahagian depan dan menyediakan tempat untuk bayi anda.

3)Persiapan rapi
Untuk mengelakkan ada barang tertinggal, sebaiknya buat senarai barang keperluan bayi yang hendak dibawa. Jangan lupa jangkakan kemungkinan buruk yang mungkin berlaku seperti penundaan masa penerbangan. Jadi bawalah persediaan tambahan daripada yang diperlukan. Untuk memudahkan pergerakan anda, gunalah penggendong bayi kerana ia lebih menjimatkan masa dan ruang.

4)Minta bantuan
Sekiranya dalam penerbangan anda menghadapi masalah, jangan segan untuk meminta bantuan daripada pramugari. Jika bayi menangis, jangan panik. Pujuk anak anda dengan cara menyusukan dan memeluknya.

Sumber info :
pama.karangkraf.com/mobile/tip-penerbangan-dengan-bayi-1.300587

Insyallah jika ada rezeki dan kesempatan waktu kami sekeluarga akan menaiki pesawat untuk menunaikan hajat Muhammad Aiman.

0 comments:

Catat Ulasan