Ahad, 16 November 2014

Nasi Arab

Meskipun 4 tahun tinggal di negara arab, namun saya bukanlah peminat tegar nasi arab. Semasa di Mesir dulu saya lebih gemar masak menu Malaysia. Makanan arab yang simple boleh la masuk tekak seperti Syawirma dan tokmiiyah bil bidh.

Hari ini suami saya buat permintaan. Nak makan nasi arab.Rindu masa kat Mekah katanya . Semasa di Mekah... biasanya jika kami tak balik selepas zohor kami akan makan nasi arab di Safwa Tower. Nama Restoren tu Al 'Asyoor.Beli satu set kongsi berdua. Aduh...indah sungguh saat itu..

 Set Nasi Arab ni suami beli dengan kawannya di tempat kerja.Di dalamnya ada beras..serbuk rempah kabsah dan rempah hidup. Selebihnya tinggal ikut arahan yang ada di belakang kotak.
Selepas membeli beberapa barang keperluan untuk masak nasi arab,  saya pun mula lah 'bersilat' di dapur.
Di antara barang keperluan untuk masak nasi arab. Tomato timun cili hijau daun ketumbar tomato puri bawang besar dan bawang putih
Produk Al Bayt
Nasi kabsah Ayam.
Salad Arab /syalatoh
Campur semua bahan campur dgn garam dan serbuk lada hitam. Saya letakkan sedikit gula untuk kesesuaian tekak Banjar dan Bugis kami
Taraaaa...
Nasi arab dah bergaya dalam pinggan. Cara masak nasi dan ayam panggang ada ditunjukkan di bawah nanti
Maaf. Ini tiada dalam arahan di belakang kotak. Ini permintaan anakanda Muhammad Aiman. Tekak banjar campur bugis sangat sebati dengannya. Ayam masak merah.
Kepada peminat tegar nasi arab...maafkan saya...'Sos Harrah' tu tak masuk dengan tekak kami. Ini 'Sos Merah' rekaan sendiri. Tomato puri. Cili kisar.bawang merah dan bawang putih kisar. Serbuk rempah kabsah. Gula dan garam. Minyak untuk menumis

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

NASI KABSAH AYAM
rendam beras 20 minit
Tumiskan 2biji bawang merah. rempah hidup (disediakan) 5 ulas bawang putih. 5 sudu tpmato puri. 1sudu besar rempah kabsag (disediakan). Masukkan 600ml air. Tunggu mendidih. Masukkan beras.. taburkan sedikit garam, 2 biji cili hijau tanpa dihiris. Minyak ayam panggang. Gaul perlahan agar nasi tidak patah.


AYAM PANGGANG
1 1/2 sudu besar serbuk rempak Kabsah (disediakan) 5 ulas bawang putih dikisar. 2 sudu kecil garam. 2 sudu besar tomato puri. 2 sudu besar minyak. Bahan di atas di perap bersama seekor ayam. 

3 comments:

  1. salam....nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    BalasPadam