Rabu, 2 Julai 2014

Adik Dah Botak


Sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

1) Aqiqah (masih dalam perancangan.  Insyallah)

2) memberikan nama yang baik
http://suteraungu87.blogspot.com/2014/05/panduan-memberi-nama-anak-dalam-islam.html?m=1

3) mentahnik
**http://suteraungu87.blogspot.com/2014/06/sunnah-tahnik.html?m=1

**http://suteraungu87.blogspot.com/2014/06/sunnah-tahnik-part-2.html?m=1

4) Cukur Rambut

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Kemudian rambut itu kita timbang dengan timbangan di Kedai emas , seberat mana rambut anak kita dengan timbangan emas itu maka sunat kita sedekahkan kepada fakir miskin. Rambut 'Imran ditimbang dengan nilai emas sebanyak RM109. Sunat kita sedekahkan nilai wang itu pada fakir miskin tanda kesyukuran kita kepada Allah.

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920]

“Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832].

Sumber info :

http://rusukiri.blogspot.com/2013/07/amalan-cukur-jambul-pandangan-ustaz.html?m=1

1 comments: