Sabtu, 12 April 2014

Khasiat Bayam Merah


Bayam merah mengandungcvitamin A, B1, B2, C,  juga beberapa jenis mineral seperti zat besi dan kalsium
Selain itu, bayam merah juga memiliki kandungan banyak serat serta di dalam daunnya ada karoteina, klorofil, serta saponin. Pada batangnya ditemukan alkaloid, flavonoid, serta polifenol.
Secara umum manfaat bayam iaitu mampu untuk menambah fungsi buah pinggang serta melancarkan pencernaan. 
Bayam Merah Atasi Masalah Kurang Darah
Bayam merupakan sayuran yang memiliki serat sehingga dapat bermanfaat untuk melancarkan sistem buang air besar. Perlu diketahui bahawa makanan yang memiliki kandungan serat sangat disarankan untuk pengidap kanser usus besar.
Untuk mengatasi darah rendah, bayam merah juga memiliki khasiat yang sangat ampuh. Caranya, sediakan bahan-bahan sebagai berikut:
3 genggam bayam merah
1 sudu kecil air perahan limau nipis
1 sudu madu
Cara membuat ramuan :
Cuci bayam merah, tumbuk sampai halus. Kemudian tambahkan air perahan limau nipis, kemudian ditapis. Seterusnya campurkan mafu dan ramuan siap diminum.




Warnanya sangat mempersonakan. Sayang rasanya nak masak. Warna merah keunguan. Ada ungu-ungu sikit tu yang buat saya teruja.

Namun demi misi ingin menaikkan HB (Hemoglobin) darah...bayam merah ni kena terjun juga dalam kuali...dan rasanya ...wow... sangat sedap... Aiman tanya...kenapa ummi makan nasi kuah air sirap??? Hehe...warnanya memang original...masak pun mudah. Tumis macam biasa je...bawang dan ikan bilis. ..




Inilah hasilnya bayam merah tumis air. Semoga usaha ini membuahkan hasil dan berjaya meningkatkan haemoglobin darah saya. Bacaan terkini ialah 10.6. Harap bertmbahlah minggu hadapan...

2 comments:

  1. sy pon beli bayam merah.. haha... lama xmkn kuah sirap dia tu :) wak.... kne naikkn lg hb tu.. good luck okay!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq sudi singgah. Sama menu kita ye...tq wak...doakan hb sy bertmbh ye

      Padam