Sabtu, 15 Mac 2014

Bihun Sup


Menu ringkas dan sihat

BIHUN SUP

Menu ini menjadi kegemaran ramai sama ada orang tua,remaja malah kanak-kanak. Ia juga bersesuaian dengan cuaca panas ketika ini. Selain ia memenuhi piramid makanan seimbang, bihun sup memang menyegarkan terutama jika dihidang panas-panas

Bahan-bahannya ialah:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Cili tomyam 4 biji
5. Udang
6. Ayam
7. Lada putih
8. Sawi
9. Brokoli
10. Tomato
11. Daun sup
12. Bawang goreng

13. 3 mangkuk air

14. Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili tomyam dengan sedikit minyak.

2. Bila sudah naik bau, masukkan ayam dan air dan tunggu hingga mendidih

3. Bila sudah mendidih , masukkan udang dan sayuran.

4. Masukkan garam secukup rasa dan tunggu mendidih...

5. Taburkan bawang goreng dan daun sup.

6. Boleh juga di makan dengan telur rebus, sambal kicap dan limau kasturi.

2 comments: