Selasa, 4 Mac 2014

Benarkah Makan Nenas Boleh Menyebabkan Keguguran?




“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?”

Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan.

“Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi.

Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau.

Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan?

Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan.

Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahem (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.


“Jadi betullah memakan sepotong nenas boleh menyebab keguguran?”

Saya tersenyum. Kuantiti enzim bromelain sebenarnya terlalu sedikit dalam sebiji nenas. Sebagai logik perbandingan, sebiji nenas tidak boleh menyebabkan keguguran, apatah jika seorang wanita hamil memakan seulas nenas yang dipotong. Ia juga tidak memberi kesan mempercepatkan proses kelahiran.

Dianggarkan seorang wanita mahu mempercepatkan kelahiran, memerlukan tujuh biji buah nenas untuk dimakan. Silap hari bulan, boleh mendapat sakit perut pula.

“Doktor, mengapa bila saya makan nenas, perut saya akan meragam?”

Saya tidak menafikan, salah satu kesan memakan nenas terlalu banyak ialah boleh menyebabkan sakit perut dan ceret beret yang serius.

“Saya ada juga makan nenas, tetapi jus nenas. Alhamdulillah, tak berlaku keguguran” kata seorang wanita lain pula.

Ini bukan satu yang pelik. Enzim bromelain sangat sensitif dan stuktur biokimianya boleh rosak dan termusnah dalam proses pembuatan jus nenas atau proses pengetinan.

Saya tidak berani mengatakan jus nenas dan nenas yang ditinkan selamat untuk wanita hamil. Saya juga tidak berani mengatakan memakan sepotong nenas yang dipotong tidak mendatngkan bahaya pada wanita yang hamil, terutama di awal kehamilan.

Berwaspadalah


drzubaidi.com/blog/?p=2809




0 comments:

Catat Ulasan