Sabtu, 15 Februari 2014

Ke Mana Tumpahnya Kuah.....

Kisah suamiku...
Seorang guru seni yang sangat komited dengan tugasnya...

Jika waktu cuti, waktu lapang atau waktu petang..di Bilik Seni inilah beliau menghabiskan masanya...

Mengemas...menyapu...membersih dan menceriakan.


Ada kala timbul juga rasa cemburu di hati...melihat beliau sering punya masa di sana...

Jawapan suamiku mudah..."kerja lebih masa jangan berkira...anggap saja kita membayar segala kekurangan kita dalam berkerja..kelewatan kita masuk ke kelas...tercepat kita keluar kelas...waktu kita cuti peribadi dan cuti sakit..waktu mesyuarat. ..dan di mana-mana waktu kita meninggalkan murid ...kita 'top up' dengan cara ini...semoga rezeki yang kita dapat halal dan berkat..."

Panjang lebar suamiku menerangkan. ..

Aku tersenyum...akur dan faham...malah merasa bangga punya suami sepertinya..
Adakala....aku termalu sendiri kerana suamiku lebih 'ustaz' daripada aku yang ustazah.

Inilah pewarisnya...
Putera sulungku yang berkongsi minat dengan abinya.

Jika kata nak pegi Bilik Seni Abi...pasti dia tidak menolak..


Hehe....cari idea sebelum 'berkarya'
Abi sentiasa memberi peluang kepada anaknya untuk mengasah bakat.


Mulakan dengan Bismillah.
Maaf..meskipun namanya AIMAN namun dia cenderung menggunakan tangan kiri...


Imaginasi kanak-kanak. ..
Bersungguh sungguh nampaknya ketika berkarya....


Inilah Bilik Seni suamiku. Cukup segala kelengkapan untuk aktiviti seni bersama anak didiknya. .

Bilik ini sentiasa ceria, kemas dan teratur..
Tidak hairanlah Bilik Seni ini telah menjadi JOHAN selama 2 tahun berturut-turut dalam pertandingan di peringkat daerah. Tahniah...

Semoga berjaya mengekalkan kejuaraan ini..










0 comments:

Catat Ulasan