Ia dinamakan bersempena dengan bekas presiden Indonesia, Soeharto, yang telah melawat kampung ini pada 18 Mac 1977, dua belas tahun selepas Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1962-1966. Felda Sungai Dusun telah ditukar nama kepada Felda soeharto.Pengurus Felda ketika itu ialah Yusuf bin Sharif (1962). Turut mengiringi beliau ialah Tun Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia.
FELDA ini mulanya menempatkan peneroka ladang getah pada 1962 dan kemudian ditaman semula dengan kelapa sawit.Kontraktor telah membina rumah-rumah penempatan daripada kayu untuk diduduki oleh para peneroka Felda.
Para peneroka berasal dari negeri Kedah, Kelantan,Johor, Pulau Pinang dan Perak. Kebanyakannya keturunan Melayu, Jawa dan Banjar. Kaum India seramai 21 keluarga.[2]
Sumber info :
ms.m.wikipedia.org/wiki/FELDA_SoehartoRumah pusaka peninggalan almarhum dan almarhumah bapa dan ibu mertua saya
Sekian lama menjaga dan membesarkan pinang raja agar tiada rekahan dan runtuhan tanah memandangkan kedudukan rumah ini di atas tanah tinggi
Ia juga menjadi trade mark pemilik rumah ini sebagai guru seni yang pakar dalam bidang landskap
Ketika kerja-kerja membersihkan kawasan rumah dilakukan, inilah kerja Muhammad Aiman.
Sementara saya hanyalah pemantau dan kadang kala jadi mamarazi
Sejak kecil dah jadi kampung boy
Kadangkala terjerit-jerit juga saya melihat gelagat dan ragam Muhammad Aiman
Di bawah pokok manggis inilah tempat saya berehat dan berteduh...menuggu hembusan angin..
Kerusi di bawah pokok inilah menjadi tempat saya mengupdate blog
Dan...atas keprihatinan En Suami...ada sebuah besen di situ. ..untuk apa agaknya???
wah nyamannya Felda Suhorto
BalasPadamJom la dtg ..mkn selera rimba
Padam