Rabu, 9 Oktober 2013

Pasar Ghazzah

Suasana di Pasar Ghazzah. Pasar ini terletak dalam perjalanan Hotel Land Premium - Masjidil Haram

Nampak simple je pasar ni..tapi orang punyalah ramai kerana ada sebahagian jemaah haji yang masak sendiri di sini.

Saya dan suami tidak ketinggalan ingin merasai kemeriahan pasar ini. Suasana orang yang bersesak-sesak menyukarkan kami untuk mengambil gambar

Buah-buahan yang segar...terus dari ladang..sungguh menggiurkan...betul tak? 
Kami beli juga sedikit sayuran ulam seperti timun, cili hijau, tomato, lemon dan bawang. Ianya sebagai penambah rasa dan pembuka selera ketika makan nasi. ..al maklum lah...makan lauk orang lain masak dan masak untuk seramai ribuan orang pulak tu... faham2 ajelah...
Emmmm....nampak sedap kan...syukur. ..beginilah keadaan kami di sini. Dan waktu makanlah waktu paling romantis pasangan suami isteri bersua dan menjamu selera bersama.

0 comments:

Catat Ulasan