Isnin, 23 September 2013

Miqat


Miqat (Bahasa Arab: ميقات‎) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.

Miqat dibagikan kepada 2 :

1) Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:

Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.

Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.


2) Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:

Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). 

Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.

Bagi mereka yang datag dari sebelah timur seperti Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).

Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).

Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).

Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ 


Masjid Tanaiem. Kami pergi menaiki bas yang di urusan kan oleh pihak muassasah. Bertolak jam 10 malam.

Masjid di Ji'ranah . Ji'ranah merupakan salah satu tempat niat miqat umrah
Masjid di Bir Ali. Perjalanan dari Madinah singgah di Bir Ali dan meneruskan permusafiran ke bumi Makkatul Mukarramah. Bertolak jam 3.30 petang hingga jam 11.30 malam satu perjalanan yang lama
Bas yang membawa jemaah haji dari Madinah ke mekah. 


Suasana dalam bas selepas berniat di Bir Ali
Miqat di Hudaibiyah

1 comments: