Rabu, 7 Ogos 2013

Ketupat Daun Kelapa vs Ketupat Segera

Sejak saya melahirkan Muhammad Aiman, ketupat ini tidak lagi muncul bila tiba Aidilfitri. ..alasan anak kecil menjadikan ketupat segera cukup popular. 5 tahun berlalu...saya kembali merinduinya. .keaslian rasanya. ..amat mengujakan

Selain itu....dengan ketupat daun kelapa ini...lahirlah sifat kerjasama, persefahaman dan nilai kekeluargaan.

Ia juga dapat mendedahkan kepada generasi baru tentang proses membuatnya

Setelah selesai direbus...ianya akan diikat dan digantung di bahagian dapur rumah...menambah suasana berhari raya

Namun ketupat segera juga tidak dilupakan.  Gabungan klasik dan moden

Salam Aidilfitri dari suteraUngu buat semua rakan blogger dan pembaca setia blog ini. 

1 comments: