Sumber : www.shafiqolbu.wordpress.com
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan. ..
Kian hampir Ramadhan menjengukkan wajahnya...namun sudahkah kita selesai melunaskan hutang kita terhadap Allah S.W.T iaitu puasa ganti kita Ramadhan yang lepas.
Jika kita sudah...bagaimana dengan anak-anak kita, anak - anak didik kita, adik beradik, sahabat handai dan siapa sahaja insan disekeliling kita...sudahkah mereka selesai menggantikan puasanya? Sudahkah kita mengingatkan?
Marilah kita lakukan...masanya kian hampir!
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan. ..
Kian hampir Ramadhan menjengukkan wajahnya...namun sudahkah kita selesai melunaskan hutang kita terhadap Allah S.W.T iaitu puasa ganti kita Ramadhan yang lepas.
Jika kita sudah...bagaimana dengan anak-anak kita, anak - anak didik kita, adik beradik, sahabat handai dan siapa sahaja insan disekeliling kita...sudahkah mereka selesai menggantikan puasanya? Sudahkah kita mengingatkan?
Marilah kita lakukan...masanya kian hampir!
Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja.
Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb.
Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru.
Ibadat wajib jika ditinggalkan wajar diqadhakan segera sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah.
Sunat menyegerakan qadha puasa secara berturut-turut. Puasa qadha ini hendaklah dilakukan mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa.
Wajib Qadha Puasa Sahaja
Orang yang meninggalkan puasa wajib dan mesti mengqadhakan puasanya sahaja ialah:
*Terlupa berniat.
*Sakit yang membahayakan.
*Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
*Perempuan yang datang haid atau nifas.
*Sengaja berbuka
*Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
*Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
*Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
*Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
*Orang yang kembali dari bermusafir.
*Murtad.
*Sakit yang membahayakan.
*Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
*Perempuan yang datang haid atau nifas.
*Sengaja berbuka
*Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
*Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
*Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
*Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
*Orang yang kembali dari bermusafir.
*Murtad.
Seseorang yang uzur syarie berterusan, seperti masih musafir atau sakitnya berterusan hingga tiada ruang mengqadhakan puasanya, diharuskan melewat qadha atas bilangan hari yang ditinggalkan sehingga ia sihat dan tenang serta tidak wajib membayar fidyah sekalipun telah melangkau beberapa Ramadhan.,
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-
Baqarah Ayat 184)
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan
Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.
Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.
Cara Mengeluarkan Fidyah
Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin.
Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi.
Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin.
Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin.
Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.
0 comments:
Catat Ulasan