Ahad, 14 Julai 2013

Moreh : Makan Lepas Tarawih

"Siapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya"
- Riwayat At-Tirmidzi

Berdasarkan hadis di atas, kita disarankan agar memberi makan orang yang berbuka...mungkin juga MOREH termasuk di dalam maksud org yang berbuka.... kerana sudah menjadi adat dalam masyarakat di Malaysia, mereka mengamalkan menyediakan MOREH selepas solat Tarawih.

Yang pasti di Mesir tiada Moreh selepas solat Tarawih... (terkenang suasana bertarawih dengan masyarakat arab Mesir di masjid tepi pantai Assofirah Alexandria)


Walaupun mungkin kita tak dapat pahala seperti Riwayat At-Tirmidzi di atas, sekurang-kurangnya kita dapat pahala seperti  di dalam ayat ini;

"Umat Islam digalakkan membuat amal jariah sebanyak mungkin di bulan Ramadhan seperti bersedekah, menolong orang susah, memberi @ menjamu makan orang berpuasa dan sebagainya. Ini kerana bersedekah yang paling afdal adalah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan"

"Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah S.W.T akan menerima apa yang baik sahaja. Nescaya Allah S.W.T akan menerima dengan tangan kananNya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang dari kamu memelihara anak kuda hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi gunung" 
Hadis Bukhari

----------------------------------------------------------

Inilah mee goreng yang masih dalam kuali...menu moreh pada Ramadhan ke 5. Menu berbuka tiada kerana saya beli je dalam perjalanan balik dari kampung Sg Dusun. Sampai rumah dah 7.20..kelam kabut sampai tak dan nak snap gambar

Mee goreng sudah duduk bergaya dalam tupperware purple suteraUngu...

8 comments:

  1. jarang dh surau atau masjid sediakan moreh skrg ni... kt kg sy pun dh xde moreh, tapi sedekah makanan yg org kg bawa tu ada la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kmpg ni masih ada lg moreh. ..meriah sungguh

      Padam
  2. Amboi...sampai tuppaware pon purple. HEHEHE.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..budaya moreh masih ada di kampung saya..budaya moreh juga ada di taman kediaman saya..:)

    BalasPadam