Jumaat, 19 Julai 2013

Memohon Maghfirah

Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ  (Allahumma) – Ya Allah

إِنَّكَ  (innaka) – sesungguhnya engkau

عَفُوٌّ (‘afuuwun) – pemaaf

تُحِبُّ (tuhibbu) – menyukai

  العَفْوَ (al-’afwa) – kemaafaan

 فَاعْفُ (fa’fu) – maka maafkanlah

عَنَّا (‘annaa) – dari kami

Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskan nya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.
-----------------------------------------------
Mee Segera Bersayur


Ada kalanya teringin menu sahur seperti ini... layan je lah....semoga bertenaga meneruskan puasa esok hari. 



4 comments:

  1. Wah... Mcm sedap... Leh try nih.. Hehe...

    Moga kita dlm maghfirah Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maria. ....moga2 dosa2 kita yg lalu diampunkan Allah.

      MEe tu boleh buat buka nnt ye... :)

      Padam
  2. pagi tadi sy ber magi jugak, tapi tak ada la rajin msk mcm ni..just rendam je.
    Eh.Sahur tadi.Bkn pagi tadi.

    BalasPadam