Rabu, 31 Julai 2013

Air Buah Naga Ungu

AIR BUAH NAGA UNGU


1) Potong buah naga
2) Campurkan air dan sedikit gula dan kisar
3) Boleh dihidang 
4) Untuk kenikmatan yang maksimum...sila letakkan ais batu :-)

Saya sukakan rasanya...juga warnanya ungu

Buihnya pun cantikkan? Hehe...

Mari kita lihat khasiat buah naga

1) Buah naga dapat meningkatkan sistem imun badan. Buah naga kaya dengan vitamin C dan serat yang dapat membantu badan untuk sihat secara keseluruhan. 

   2) Buah naga membantu sistem penghadaman kerana ianya kaya dengan serat. Oleh itu ianya akan memudahkan proses percernaan makanan. Kajian juga mencadangkan bahawa buah naga menggalakkan pertumbuhan probiotik. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada hati dengan mencegah jangkitan saluran kencing (UTI).

   3) Buah naga membantu untuk merendahkan paras glukosa darah bagi diabetes jenis 2 . Kajian juga menunjukkan bahawa glukosa yang ditemui di dalam buah naga membantu mengawal tahap gula dalam darah untuk pesakit kencing manis.

   4) Buah naga dapat mencegah pembentukan kanser. Buah naga kaya dengan mineral dan serat yang membantu dalam penghadaman, membersihkan bahan toksik dan sekaligus mencegah berlakunya kanser kolon.

    5) Kandungan vitamin B1 yang terdapat di dalam buah naga dapat membantu badan untuk menjana lebih banyak tenaga.

  6)  Buah naga adalah perangsang selera semula jadi kerana ia mengandungi vitamin B12. Ia bagus untuk mereka yang hilang selera makan dan baru pulih dari penyakit. 

 7)   Buah naga mempunyai kandungan mineral yang tinggi, fosforus dan kalsium. Kalsium bertanggungjawab untuk mengukuhkan tulang, gigi dan penghasilan sel-sel badan yang besar. Fosforus pula menggalakkan pembentukan tisu.

  8)  Buah naga juga bertindak sebagai anti-oksida. Tahap vitamin C yang tinggi, mineral dan pytoalbumin di dalam buah naga di anggap relevan untuk melawan radikal bebas dan ianya terkandung sifat-sifat anti oksida.  

   9) Buah naga membantu untuk mengawal tahap kolestrol. Buah naga juga kaya dengan flavanoid yang diketahui mempunyai kesan yang baik untuk melawan penyakit berkaitan cardio (cardio related disease)

   10) Buah naga dapat meningkatkan daya penglihatan kerana mengandungi karotena yang membantu untuk mengekalkan dan memperbaiki penglihatan. Those yang tak suka makan carrot boleh gantikan dengan buah naga. 

  11)  Buah naga dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Hal ini kerana, buah naga dapat menormalkan tahap hipertensi badan. Ianya baik untuk orang yang berkecenderungan untuk mendapat stroke.

    12) Pengambilan buah naga dengan kerap dapat mengurangkan berat badan dan membentuk badan yang seimbang.

   13) Batuk dan asma mengganggu saluran pernafasan di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan buah naga dapat membantu untuk mengurangkan masalah ini.

   14) Buah naga mempunyai kandungan protein yang tinggi dan dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah berat badan. Protein juga merupakan bahan penting untuk menghasilkan hormon, enzim dan bahan kimia dalam badan. 

    15) Buah naga mempunyai kandungan lemak yang rendah. Terdapat banyak biji hitam kecil di bahagian isi buah naga. Benih tersebut mengandungi sejumlah kecik lemak tetapi kebanyakannya adalah  lemak tak tepu. Lemak tak tepu bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap kolestrol baik dan membuang kolestrol yang tidak baik daripada badan kita.

Sumber : nanieybarnieylurviey http://www.naniey.com/2013/01/khasiat-buah-naga.html?m=1

4 comments:

  1. Balasan
    1. Betul...ni dah hr2 mkn gitu je...try buat air pulak...sedap!

      Padam
  2. banyak betul khasiat buah ni tapi saya memang tak makan buah ni sebab tak suka rasa manis tu

    BalasPadam