Isnin, 10 Jun 2013

Udang Masak Lemak Cili Padi

Ahad
9 June 2013

Jika dalam perlawanan bola sepak, hari ini ibarat masa kecederaan...tamatlah sudah cuti....sebelum ianya benar benar tamat, saya mengambil kesempatan untuk membuat satu menu kegemaran suami saya.

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI + BELIMBING BULUH

Bahan - bahannya ialah :

1/2 kilogram Udang
1 biji kelapa
1 biji kentang
15-20 biji cili padi ( cili sekarang bukan pedas sangat..hehe ~ ~)
1biji bawang besar
1biji bawang putih
1/ 2 inci kunyit
2 batang serai
10 biji belimbing buluh (jika besar dibelah 2

Cara - cara membuatnya :

1) Kisarkan bawang besar, bawang putih, kunyit dan cili padi

2)Tumis kan bahan kisar (jika tak suka tumis boleh terus masukkan dalam santan)

3) masukkan serai ( di ketuk )

4) masukkan santan cair dan kentang yang telah di potong-potong

5) bila kentang sudah empuk. ..masukkan belimbing buluh dan udang

6) masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.

7) kecilkan api supaya tidak pecah santan

# entri tertunggak kerana ada masalah Broadband

3 comments:

  1. salam...dear!nice resepi....blh try....ni...=)
    slmt brkenalan....(^_^)

    ctamanaqim.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti. ..slm perkenalan. Tq sudi kenal dan sudi singgah

      Padam
  2. Tq sudi singgah. Salam perkenalan

    BalasPadam