Jumaat, 14 Jun 2013

Tomyam Campur

Hari ini Bonda saya nak datang.  Pastinya saya akan masak menu kegemarannya. Selepas pulang daripada sekolah saya pun singgah Kedai Musa, kedai runcit barang basah paling terkenal di Sg Besar selain Market.

Bahan - bahannya ialah :

Sotong
Udang
Ayam
Bunga kobis
Jagung anak
Lobak Merah
Tomato
Bawang besar
Kiub Tomyam Knoor
Serai
Daun Limau Purut
Cili padi
Asam keping

Cara memasaknya:

1) Bawang besar direbus dengan ayam dan lobak merah

2) Bila dah empuk masukkan semua bahan yang lain

3) tambah air dan garam secukupnya.

4) Bila dah mendidih kira dah siap..

Huhuhu...masakan paling senang...tanpa minyak dan siap ada protein dan sayuran di dalam nya...

Nyum3. ...selamat mencuba ♡

0 comments:

Catat Ulasan