Khamis, 20 Jun 2013

Pengat Labu


Apakah juadah minum petang anda hari ini? Makan pengat labu di petang hari cukup menyegarkan...membuatnya pun mudah...oleh itu...jangan buang masa. ...mari masuk dapur...

Potong labu dengan potongan yang agak besar untuk mengelakkan labu mudah hancur..

Masukkan labuh dalam periuk bersama 3 keping gula melaka + 1 senduk gula putih +1 cawan air + 3 helai daun pandan. 

#rebus labu dengan gula dan sedikit air bertujuan mengelak labu daripada hancur.

Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan cair. Jika suka masukkan secubit garam. ..

Bila labu telah empuk, masukkan 1 cawan santan pekat.  Kecilkan api...tunggu mendidih dan terus tutup api...jangan sampai pecah santan. 

#saya tidak masukkan sagu kerana suami tak suka

Tadaaaaa. ...pengat labu sedia untuk dimakan. ...mari!!! ♡♡



4 comments:

  1. Oh..saya salah sangka td. Ingatkan gulai lemak labu tadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengat labu warna dia coklat sikit. Kalau gulai lemak warna putih

      Padam
  2. Dh x boleh mkn labu sbb angin.. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun! Tapi nakal....mkn juga...lepas tu angin satu bdn...hihi

      Padam