Khamis, 13 Jun 2013

Kari Sotong

KARI SOTONG TANPA SANTAN

Seperti kebiasaannya,  sotong sangat sinonim dengan masak merah cili kering atau ringkasnya dipanggil Sambal Sotong. Namun hari ini Si Sotong mempunyai penampilan yang berbeza..bergaya di dalam kuah kari tanpa santan. 

Cara memasaknya pun mudah sahaja.

1) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia muda bersama bunga lawang, dan kulit kayu manis

2) masukkan 1 senduk serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga naik bau

#saya gunakan serbuk kari ikan cap Adabi

3) masukkan sotong yang telah dipotong

4) masukkan asam, garam dan sedikit gula (ganti serbuk perasa)

5) bila dah mendidih sempurna barulah masukkan daun kari, cili merah dan buah tomato yang telah dipotong. 

#jika terlalu pekat masukkan sedikit air...

Selamat mencuba

0 comments:

Catat Ulasan