Ahad, 26 Mei 2013

Wedges Air Tangan Suri

Hehe...macam best jer tajuk blog suteraungu hari ini kan...

Tinggal di kampung masa cuti-cuti ni memang bisa mencambahkan idea untuk mengisi perut...

Maka akhirnya terciptalah Wedges Air Tangan Suri..

Menu mudah ini hanya memerlukan beberapa bahan sahaja di antaranya ialah :

4 biji Kentang ( saiz besar)
2 senduk besar tepung gandum
3 sudu minyak masak
1 sudu serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada hitam
Air secukup nya pekat
Sedikit garam (secukup rasa)

Cara - cara membuatnya :

1) Kupas kentang dan potong panjang macam saiz wedges kat KFC tu..

2) Campurkan semua bahan di atas

3) Salutkan kentang dengan tepung yang telah dibancuh tadi. .

4) Goreng di dalam minyak yang dalam dan api yang sederhana.

#menu ini sama dengan menu maklong @ ZuraidahMumin hari ini.

#selamat mencuba

2 comments: