Ahad, 10 Februari 2013

Tapai Pulut

Salam ukhuwah daripada suteraungu buat pembaca blog ini.  Hari cuti sangat manis jika kita cerita sesuatu yang manis. ..hehe...tapai Pulut. ..tapai ni dibuat untuk majlis aqiqah anak saudara saya Muhammad Afnan Zikri anak kepada adik saya yang bungsu ummi afnan..

Tapai pulut ni antara menu wajib keluarga kami ketika kenduri   kendara...cara membuatnya sangat mudah...

*pulut direndam >< 1 jam
*masukkan pulut dalam periuk dan masukkan air separas pulut..
*masak separuh masak.
*keluarkan dari periuk dan kukus
*sejukkan pulut yg dah masak. .di dalam talam
*bila dah sejuk...taburkan rata ragi
*Boleh dibungkus dengan daun pisang atau bekad yang bertutup...
*selepas kurang 24 jam pulut telah menjadi tapai. .

Selamat mencuba...

0 comments:

Catat Ulasan