Khamis, 21 Februari 2013

Menu Jumaat



Salam Jumaat dari suteraungu..hari ini kita bersiaran dari dapur, saya memilih menu simple kerana jam 3 petang ada mesyuarat Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 
Jom ke dapur....

MENU HIJAU 

Saya pun kurang pasti nama sayur ni. Saya panggil sawi pendek..tak tau nama sebenarnya.. cara masaknya pun mudah je..

*bawang putih 2 biji dititik
*1 sudu Ikan bilis dikisar halus
*tumis bahan di atas
*masukkan sayur dan 1 cawan air
1sudu besar tepung jagung yg dicairkan dengan 1 cawan air di atas
*garam secukup rasa


MENU HITAM

Ikan pelata masak kicap

*3ekor ikan pelata goreng
*tumis bawangmerah , bawang putih, halia*ditumis
*kulit kayu manis dan bunga lawang*ditumis
*kicap pekat 1 sudu kicap manis 3 sudu
*asam keping 1keping
*cili hijau1 biji
*Sedikit air

Selesailah sudah saya bersilat di dapur...dan nak bersiap pergi ke sekolah untuk menghadiri mesyuarT spsk...

 Beginilah tanggungjawan wanita berkerjaya...♡♡♡



2 comments:

  1. nurzakiah hanum. ...sayur ni cepat msk...sedap dan rangup...sy suka dpt komen dr awak...hihi..tertunggu2 pulak...haha

    BalasPadam