Isnin, 11 Februari 2013

Main nyorok-nyorok

Salam riang ria cuti sekolah dari Sg Dusun. .Hari ini aktiviti Aiman ialah main nyorok nyorok @ main sembunyi sembunyi... 

Mengikut syarat2 permainan, seorang akan "jadi" orang yang di tutup mata dan mengira sehingga 100 dan dalam tempoh kiraan itulah ahli permainan yang lain mencari tempat persembunyian. Siapa yang paling awal di jumpai..orang itu yang akan "jadi" di pusingan yang berikutnya.

Dalam permainan hari ini saya menukar syarat "jadi" memandangkan hampir setiap pusingan Aiman merupakan orang pertama yang dijumpai...sian pulak..takde peluang nak menyorok...asyik mencari orangyang menyorok je...Oleh itu saya tentukan syarat siapa yang "jadi " mengikut giliran...

Permainan tradisional ini sudah semakin dilupakan oleh kanak kanak zaman moden. Konon ceritanya dahulu ada kanak2 yang  pernah disorokkan hantu gara2 permainan ini. Sejauhmana kebenarannya saya pun kurang pasti...

Untuk itu saya membuat syarat kawasan permainan yang tidak terlalu jauh, sekadar di sekeliling rumah sahaja tidak termasuk kawasan dusun, kawasan rumah jiran dan kawasan2 lain yang merbahaya.

Semoga permainan ini tidak dilupakan pada masa akan datang...

0 comments:

Catat Ulasan