Sabtu, 29 Disember 2012

Ayam masak merah

Lain orang lain caranya. Lain orang lain citarasanya. Ini adalah ayam masak merah versi ummiaiman. Menu yang mudah dan sering menjadi permintaan seisi keluarga.

Mari kita ke dapur..
*2 biji bawang besar
*2 biji bawang putih
*2 inci halia
*2-3 biji buah keras
*3 senduk cili kisar
1 senduk minyak
1 cawan air
Asam jawa
Gula dan garam

Cara caranya
1. Bahan yang bertanda * dikisar dan ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan air. Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
3. Tunggu mendidih dan masukkan ayam yang telah digoreng

Selamat mencuba ♡♡♡

2 comments:

  1. Salam ustazah, nk tanye, buah keras tu mksd die ape??buah yg mcm mane tu??^^

    BalasPadam
  2. Bentuknya bulat macam kacang hazel nut.nama lainnya ialah buah kemiri. Sila baca dlm blog ini khasiat buah kemiri dalam segmen info...baca ye

    BalasPadam